MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH SIRI III
Tarikh :29, 30, dan 31 Oktober 2011
Tempat : Nadi Riadhi, Madinah Nasr.
MAJLIS APRESIASI & KECEMERLANGAN
Tarikh : 2 November 2011
Tempat :AL-AZHAR CONFERENCE CENTER [ACC].
http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/
MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH SIRI III & MAJLIS APRESIASI & KECEMERLANGAN
Dicatat oleh Serambi AzhariIftor Jamaie bersama [MAPIM]& Forum Kemerdekaan Anak-anak Malaysia di Mesir
Dicatat oleh Serambi AzhariSatu
EMAK: Cikgu nampak anak saya tak? Dah lama saya tunggu tak muncul2.
CIKGU: Oo0o ye ke?
EMAK: Ye! Hari ini kan sukan sekolah, dia pakai baju rumah sukan dia.
CIKGU: Oooo, anak akak rumah apa?
EMAK: Rumah KUNING!
CIKGU: O0o0 rumah KUNING. Cuba cari kat balai polis!
EMAK: Haa?
Dua
CIKGU: Hari ini saya nak umumkan rumah sukan masing2, dengar ye!
MURID: Baik...
CIKGU: Abu! Awak rumah hijau!
ABU: Alhamdulillah
CIKGU: Kunalan! Awak rumah Merah!
KUNALAN: Alaaa...
CIKGU: May Lin! Awak rumah Biru!
MAY LIN: Biru? hmmm
CIKGU: Kamal! Awak rumah KUNING?
KAMAL: Apa? Saya tak nak Cikgu!
CIKGU: Kenapa pulak?
KAMAL: Nanti saya kena tangkap!
CIKGU: Aik!
Tiga
ABANG POLIS: Dari mana ni encik?
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Dari Johor Bahru. Kenapa tuan?
ABANG POLIS: Buka bonet!
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Ok.
ABANG POLIS: Wah! Banyak baju BERSIH ni!
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Mestilah tuan. Takkan saya nak jual baju KOTOR plak? Eh, eh.. tuan! Zila Bakarin tu!
ABANG POLIS: Mana-mana?
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Cabut! (Vroooommm)
Empat
MAURIZAN: Mak! Baju BERSIH Zan mana mak? Mak nampak tak? Baru beli semalam. Lepas Zohor nak gi SOGO ni.
EMAK: Ada dalam mesin basuh tu, mak tengok KOTOR jer, mak basuhlah!
MAURIZAN: Alamak!
Lima
MAK MAH: Abang, 9 Julai ni nak dekat dah, tapi kita belum beli baju BERSIH.
PAK LEMAN: Awak ni Mah... selama ni saya beli baju KOTOR ke untuk awak?
MAK MAH: Erk..
Enam
POLIS: Kenapa awak pakai baju BERSIH? Awak nak pergi demo ke?
ABU: Takkan saya nak pakai baju KOTOR pula encik?
POLIS: erk...
Sumber: http://kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com/
Maharaja Lawak melabuhkan tirainya malam tadi dengan kumpulan Sepah menjadi juara pertandingan 13 minggu ini. Jangkaan Jozan akan menjuarai Maharaja Lawak meleset sama sekali.
Jambu menduduki tempat keempat dengan memenangi sejumlah wang tunai berjumlah RM 50 000. Nabil pula menduduki tempat ketiga dan memenangi wang tunai bernilai RM 150 000. Jozan pula dinobatkan sebagai naib juara dan memenangi wang tunai bernilai RM 250 000. Kumpulan Sepah dari negeri Johor telah dinobatkan sebagai juara dan memenangi wang tunai sebanyak RM 350 000.
Ini bermakna, sebanyak RM 800 000 telah dilaburkan semata-mata dalam hiburan yang berlangsung selama 13 minggu ini. Ini belum lagi termasuk jumlah wang rakyat yang secara sukarela dibelanjakan untuk mengundi peserta kesukaan masing-masing selama 13 minggu. Sudah tentu bukan sedikit jumlah wang yang dilaburkan untuk mengundi peserta kesukaan mereka. Kemungkinan jumlah wang yang dilaburkan oleh para pengundi SMS mencecah puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit. Malah, tidak mustahil, jumlah wang yang dilaburkan oleh para pengundi mencecah jutaan ringgit!
Ternyata, Maharaja Lawak mempunyai aura yang tersendiri untuk menjadi ejen yang melalaikan umat Islam. Islam tidak melarang umatnya berhibur, namun fenomena Maharaja Lawak ini tampak begitu gah sekali, sehingga ummat rela melaburkan sejumlah wang yang besar walaupun tiada pulangan bagi diri mereka yang membuat undian SMS itu. Wang tunai yang dihadiahkan itu bukannya RM80, tetapi jumlahnya mencecah RM80 000.
Cuba bayangkan, jumlah wang yang dilaburkan oleh para pengundi SMS dan hadiah yang ditawarkan kepada para peserta itu digunakan untuk membantu pelajar yang sedang sengsara dengan PTPN. Berapa ramai pelajar yang sesak nafas akan berasa lega setelah mendapat peruntukan kewangan ini? Bayangkan sejumlah wang ini digunakan untuk menanggung kos perubatan. Berapa ramai ummat yang tidak mampu untuk menanggung kos perubatan dan dibiarkan mati begitu sahaja akibat tidak mampu untuk menanggung kos perubatan? Pernah kita terfikir? Bayangkan lagi, bagaimana pula sejumlah wang ini dilaburkan untuk membantu gerakan-gerakan Islam untuk menegakkan semula Daulah Khilafah? Bukankah ini satu pelaburan yang amat besar untuk bekalan di akhirat sana?
Tetapi masih ramai yang tidak pernah terfikir tentang perkara ini kerana kehidupan masyarakat masih dibelenggu arus hedonisme yang mematikan pemikiran yang Islami. Sebaliknya, masyarakat rela dan sanggup untuk melaburkan wang mereka untuk membuat undian SMS meskipun mereka sedia maklum, mereka tidak akan mendapat apa-apa pulangan sekiranya mereka mengundi peserta kegemaran mereka.
Bukankah ini suatu pelaburan yang sangat rugi dan tidak berbaloi? Sebaliknya, Allah SWT menjanjikan syurga dan kejauhan dari azab api neraka Allah SWT sekiranya umat Islam mewaqafkan diri dan wang mereka di jalan Allah! Masihkah kita ragu dengan janji-janji Allah?
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui" [TMQ as-Sof(61):10-11]
Wahai ummat Islam! Berhibur itu tidak dilarang oleh Allah SWT. Tetapi berhibur secara berlebih-lebihan dan melalaikan itu adalah haram. Bangkitlah daripada tidurmu yang dibuai angin bayu hedonisme yang mengasyikkan. Kalian diwajibkan untuk menegakkan semula Daulah Khilafah. Alangkah ruginya sekiranya kita lebih rela 'berjuang' di persada hiburan Maharaja Lawak dan berasa lengai untuk berjuang menegakkan semula Daulah Khilafah!
Leraikanlah ikatan hedonisme yang sedang mengikat kalian. Sesungguhnya budaya sukakan hiburan ini tidak lain hanyalah membawa keseronokan sementara sahaja. Maharaja Lawak yang sementara ini telahpun melabuhkan tirainya. Di manakah pulangannya buat para pengundi SMS? Di manakah keseronokannya setelah ia melabuhkan tirainya? Bukankah ia bersifat sementara? Justeru, marilah kita berjuang untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang membawa pulangan syurga di akhirat kelak!
petikan : http://www.soutulmujahid.com/
Merujuk karikatur yang dimuat di dalam dada akhbar Utusan bertarikh 15 Jun 2011, ia dilihat sebagai usaha mempersenda agama Islam. Konten karikatur tersebut menggambarkan bahawa Islam tidak sedikit pun membela hak dan maruah manusia. Di dalam surah al-Taubah ayat 65 dan 66, Allah telah mencela golongan yang mempersenda-senda agama Islam:
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab : sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah : Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu mempersendakan? (65) Tidak perlu kamu beralasan kerana kamu telah kufur setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”.(66)
Berdasarkan ayat ini, terbit hukum terbatal keIslaman seseorang apabila dia melancarkan sendaan terhadap Islam, samada dengan hati, kata-kata atau perbuatan. Pelaku kesalahan tersebut kekal dengan kekufurannya sehingga taubat nasuhanya diterima oleh Allah SWT.
Bahkan kefahaman pelukis yang bertanggungjawab atas karikatur tersebut dengan agama Islam ternyata amat dangkal. Beliau keliru antara pensabitan jenayah zina dan jenayah rogol. Zina tiada unsur paksaan manakala rogol pula sebaliknya. Islam telah memperuntukkan jenayah rogol dengan cara pensabitan yang cukup berbeza dengan jenayah zina. Rogol tidak memerlukan empat orang saksi yang adil sebagaimana zina. Sebaliknya jenayah rogol hanya memerlukan 'qarinah' untuk sabit kesalahan ke atas pesalah.
Menurut Imam al-Jurjani di dalam ensiklopedianya ‘al-Ta’irifat’, qarinah merupakan bukti jelas yang difikirkan logik bagi membantu siasatan kes. Qarinah mestilah sesuatu sumber maklumat yang diketahui umum yang difikirkan relevan untuk dijadikan bahan bukti. Dengan itu, ia mampu merungkai persoalan tersirat terhadap sesuatu kes. Autoriti qarinah dalam mengadili sesuatu dakwaan telah disebut di dalam al-Quran melalui surah Yusuf ayat 27 dan 28;
“Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: Sesungguhnya kejadian itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar”
Nabi Yusuf terbukti tidak bersalah dengan dakwaan rogol apabila didapati terdapat kesan koyak di belakang bajunya. Pada zaman tersebut, ia dianggap qarinah yang cukup jelas menggambarkan situasi antara perogol dan mangsa rogol.
Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam karyanya ‘al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah’ menyebutkan bahawa para sahabat telah menjadikan hamil sebagai qarinah kepada jenayah zina. Bahkan Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad yang mewakili majoriti ulama’ berpendapat bahawa qarinah yang cukup jelas amat berautoriti menjadi pelengkap bagi bahan bukti.
Adapun qarinah bagi kes rogol yang relevan diguna pakai di zaman sekarang, ia termasuk DNA, rakaman video, gambar, cop jari dan sumber-sumber lain mengikut peredaran semasa. Justeru ILMAM MALAYSIA mencadangkan beberapa inisiatif bersama:
1) Pelukis karikatur dan pihak-pihak yang terlibat diminta bertaubat kerana mempersenda hukum agama Islam. Mereka juga perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Ini demi memelihara sensitiviti umat Islam tehadap cara hidup anutan mereka.
2) Kajadian ini membuktikan kekeliruan masyarakat Islam Malaysia terhadap agama anutan mereka sendiri. Ahli akademik Islam perlu mengadakan usaha bersepadu ke arah penerangan dan pemahaman terhadap hukum hakam Islam.
Sekian, Wassalam
Ustaz Farhan bin Mazlan
Timbalan Presiden
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)
sumber: http://ilmampusat.blogspot.com/
GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia).
GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya.
GURU KIMIA
Cinta merupakan tindak balas kimia yang tidak diketahui unsurnya GURU MATEMATIK Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar.
GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YANG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dapatkan cinta yang halal di dunia dan akhirat)
GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.
GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung.
GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.
GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah, kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh
GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya Yang pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yang satu, bertemu berpisah semua kerana Allah. Indah ya cinta kalau agama diserta bersama, cinta ALLAH DAN RASUL ADALAH YANG UTAMA DAN DI UTAMA.
JANGAN TERPEDAYA KERANA CINTA DUNIA YANG SEMENTARA…
petikan: http://sinarmawaddah.blogspot.com/