Al-Qur’anku : Antara 2 Kondisi

Kondisi dini
Seawal Baginda SAW didatangi di Hira’
Paduka Jibril mengajar perintah iqra’
13 tahun di Mekah Baginda SAW bergerak
di Madinah 10 tahun penyaksi jejak
sempurnalah al-Qur’an menjadi tonggak
anutan hidup secara mendatar & menegak
umat pula menyusun langkah & gerak
al-Qur’anlah sebagai lentera penyemarak
tiap isi rumah sibuk memperdengar bacaan
tiap insan sibuk mempelajari isi kalam
tiap manusia berlumba menyempurna suruhan
tiap orang bersaing meninggal larangan
tiap warga tak pernah lupa mendakwahkan
tiap diri sedia & rela mempertahan kandungan
al-Qur’an maha benar semua isian & susunan
jadi pemacu hidup & kehidupan
ke arah cemerlang gemilang & terbilang
al-Qur’an dibaca sebagai hiburan iman
al-Qur’an difaham diharap bimbingan
al-Qur’an didiskusi dipohon keberkatan
al-Qur’an diseminarkan didamba pertolongan
al-Qur’an ditelaah guna direalisasikan
al-Qur’an ditadabbur buat disebarkan
al-Qur’an dimuktamarkan untuk dipertahan

kondisi kini
al-Qur’an dibaca hanya untuk menghalau hantu & jembalang
al-Qur’an dipertandingkan demi sebuah gelaran; johan
al-Qur’an diperdengar di telinga manusia hampiri kematian
al-Qur’an dibacakan pada yang mati di kuburan
al-Qur’an, Yaasin malam Jumaat dibacakan
al-Qur’an dilagukan di majlis perasmian
al-Qur’an dibaca sewaktu tv memula siaran
al-Qur’an ditadarus hingga khatam pada Ramadhan
hafiz dicari untuk memperdengar bacaan
dalam solat Terawih yang panjang
kini al-Qur’an hanya bacaan bermusim & bertujuan
kini isi kandung tv & akhbar dibaca orang
kini isi kandung tv & akhbar dibicara orang
kini isi kandung tv & akhbar didiskusikan orang
kini isi kandung tv & akhbar disebarkan orang
kini isi kandung tv & akhbar dipertahan orang
kini isi kandung tv & akhbar dipercayai orang
kini isi kandung tv & akhbar diimani orang
kini isi kandung tv & akhbar diikut orang
kini isi kandung tv & akhbar dipuja & dipuji orang
kini isi kandung tv & akhbar disanjung orang
kini isi kandung tv & akhbar diwara-wara orang

isi kandung tv & akhbar ditulis orang punyai kepentingan
isi kandung tv & akhbar diilham orang singkat fikiran
isi kandung tv & akhbar tiada jaminan aman
muatan fitnah pembohongan kekarutan pemalsuan
sedang al-Qur’an Kalam AlLah, Tuhan
pengada dari dahulunya tiada bayang & kelihatan
semua spesis yang bernama alam
Yang Maha Suci dari segala kelemahan
Yang Maha Suci dari segala kekurangan
Yang Maha Suci dari segala kedaifan
Yang Maha Suci dari segala

petikan dari: Abdan Syakurua

فقه الأضحية


Taarif (( الأضحية )) :


Istilah Syarak: Binatang yang disembelih samada unta, lembu atau kambing bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah Taala pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari Tasyriq.

Dalil-dalil Pensyariatan:
(1) Firman Allah Taala:
'maka lakukan sembahyang kerana tuhanmu, dan berkorbanlah 'sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah'.

Yang di maksudkan dengan "النحر" ialah sembelihan korban menurut pendapat yang sahih dikalangan mufassir selepas sembahyang hari raya.

(2) Sabda Rasul SAW:
'Adalah Baginda SAW melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri' kata Anas: 'Aku juga melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri'.

(3) Pada riwayat yang lain: 'Rasul SAW telah menyembelih korban dengan dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk, Baginda menyembelih kedua-duanya sendiri, Baginda membaca “basmalah” serta bertakbir dan meletakkan kaki baginda diatas tengkuk kedua-dua kibasy itu'.

Hikmah Pensyariatan:

Korban الأضحية : Menghidupkan kembali sunnah Nabi Ibrahim AS yang telah diuji oleh Allah Taala dengan memerintahkan baginda menyembelih anaknya Ismail AS. Baginda Nabi Ibrahim AS akur dengan arahan tersebut dan bersiap untuk melaksanakan perintah itu. Lalu Allah Subhanahuwa Taala menurunkan pengganti kepada Nabi Ismail dengan seekor kambing kibasy (kambing biri-biri). Lalu diperintahkan agar disembelih kibasy tersebut kemudian disedekahkan dagingnya kepada ahli keluarga dan fakir miskin agar mengembirakan mereka pada hari raya Aidil Adha.

Hukum الأضحية Melakukan Korban :

(1) Adalah 'Sunat Muaakad' (سنة مؤكدة).
Sebagai satu syiar yang agong dan sepatutnya kepada umat Islam memeliharanya, seperti yang disebutkan dalam hadis Saidina Anas tadi.

(2) 'Sunnah ala Kifayah' (سنة على كفاية: ليفعلها مرة ويتركها مرة).
Contohnya, apabila salah seorang ahli keluarga telah melakukan ibadah korban maka terhasil sunat pada hak ahli keluarga yang lain.

(3) Sembelihan korban adalah tidak wajib.
Berdasarkan perbuatan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA yang tidak melakukanya, kerana bimbang dianggap oleh umat ianya sebagai perkara wajib.

(4) Korban boleh menjadi wajib dalam dua keadaan:
(تعيين الأضحية) :
a. Contohnya, seseorang mengisyaratkan kepada unta atau lembu atau kambing miliknya dengan perkataan "ini akan kujadikan binatang korbanku".
Dengan ucapan tersebut menjadi wajib kepadanya untuk melaksanakan dan ia termasuk dalam hukum-hakam sembelihan korban yang wajib.
Ianya tidak menjadi wajib sekiranaya hanya sekadar niat tanpa dilafazkan.

(يعني: لا بد من التلفظ مالك الأنعام)

b. Bernazar untuk melaksanakan korban:

Apabila seseorang islam bernazar, menjadi wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Ini kerana ia telah mewajibkan dirinya dalam perkara yang boleh menghampirkan dirinya 'qurbah' kepada Allah S.W.T. Demikian juga dalam perkara-perkara taat yang lain.

Mereka Yang Dituntut Untuk Melakukan Korban:

Terdapat tiga syarat:

1. Islam:
Tidak dituntut kepada orang kafir, sekiranya mereka melakukannya tidak sah.
2. Cukup umur dan beraqal:
Kanak-kanak dan orang gila tidak dituntut keatas mereka oleh hukum.
3. Berkemampuan:
Orang yang ingin melaksanakannya mestilah cukup nafkah untuk diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungannya dari segi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan selainnya sepanjang tempoh hari raya dan hari-hari Tasyriq.

Binatang-Binatang Yang Dibenarkan Untuk Perlaksanaan Korban:

a- Tidak boleh korban melainkan dengan haiwan ternakkan (الأنعام), iaitu unta, lembu dan kambing. (sebab selain itu tiada pengkhabaran dari Nabi SAW dan para sahabat).
Firman Allah Taala :

'Agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah berupa haiwan ternakkan'.

Haiwan ternakkan meliputi tiga jenis:

(1) Semua jenis unta.
(2) Semua jenis lembu, termasuk kerbau. Tidak boleh jenis lembu liar, rusa dan seladang (بقر الوحش).
(3) Semua jenis kambing, termasuk kambing biasa dan kambing biri-biri.(معز, ضأن، كباش, خروف).

b- Boleh disembelih binatang korban samada jantan atau betina.

Riwayat dari Nabi SAW:

Daripada Ummu Kurzin dari Nabi SAW bersabda: ‘bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan kanak-kanak perempuan seekor kambing, tidak mengapa samada kambing tersebut jantan atau betina'.

Hadis ini adalah dalil kepada ibadah 'aqiqah', namun ia juga menjadi dalil atas membolehkan untuk ibadah korban. (Daging jantan sangat elok أطيب dan daging betina itu lembut أرطب ).

c- Di bolehkan bagi seekor unta dan seekor lembu untuk tujuh orang. Samada mereka yang ingin melaksanakan tersebut daripada satu keluarga atau dari keluarga yang lain. Juga samada niat mereka semua sama atau berbeza-beza (yakni korban wajib atau sunat).

Riwayat dari Jabir RA berkata : 'Kami telah melakukan korban bersama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah bagi seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu tujuh orang'. Adapun seekor kambing hanya untuk seorang sahaja.

d- Korban dengan unta lebih afdhal dari lembu, kerana unta lebih besar nisbah dagingnya.
- Lembu lebih afdal dari kambing kerana seekor lembu membolehkan untuk tujuh orang berbanding seekor kambing yang hanya untuk seorang.
- Setiap orang dengan seekor kambing pula lebih afdhal daripada berkongsi tujuh orang dalam seekor unta atau lembu, kerana kambing bersendirian pada sembelihannya.
- Kambing biri-biri lebih afdhal dari kambing biasa.

Riwayat dari Ubadah Bin Samit RA: 'Sebaik-baik korban itu dengan kambing biri-biri yang bertanduk'.

- Kerana daging kambing biri-biri 'atyab' lebih elok. Kambing biri-biri warna putih lebih elok daripada warna perang dan hitam.

Riwayat dari Anas RA; 'bahawa Nabi SAW melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri yang berwarna putih'.

e- Diharuskan korban dengan binatang yang gemuk 'berisi' kerana ia lebih afdhol dari binatang yang kurus. (Nisbah yang gemuk lebih banyak dagingnya).

Syarat-Syarat Korban :

1. Haiwan ternakkan;
Tidak boleh selain darinya, seperti disebuat diatas.
2. Umur:
Disyaratkan pada binatang korban adalah cukup umur, ianya berbeza mengikut jenis.
(a) Unta:
Umur tidak kurang dari lima tahun dan menjangkau masuk umur enam tahun.
(b) Lembu dan kambing biasa معز :
Umur tidak kurang dari dua tahun dan menjangkau masuk umur tiga tahun.
(c) Kambing biri-biri:
Umur tidak kurang dari setahun dan menjangkau masuk umur dua tahun. Kecuali kambing biri-biri yang (أجذع ) matang (dilihat pada gugur gigi-giginya) sebelum setahun.
Berdasarkan umum sabda Rasul SAW:
"Lakukanlah korban pada kambing biri-biri yang telah matang kerana ia dibolehkan"

Riwayat dari Jabir RA bahawa Rasul SAW bersabda:

'Jangan kamu sembelih melainkan yang cukup umurnya melainkan sekiranya susah untuk kamu mendapatinya maka sembelihlah yang matang daripada kambing biri-biri'.

Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasul SAW bersabda:
'Sebaik-baik korban ialah yang matang dari jenis kambing biri-biri'.

3. Tiada Sebarang Aib:
Disyaratkan pada binatang korban mestilah tiada sebarang aib yang boleh mengurangkan daging pada ketika itu atau waktu mendatang. Kerana tujuan dari ibadat korban ialah daging.
- Jadi tidak boleh yang huduh, buruk العوراء dan buta العمياء.
- Tidak boleh yang tersangat tempang العرجاء . Yang tampak sangat tempangnya jika ia berjalan dipermukaan tanah yang rata.
- Tidak boleh yang tesangat nyanyok العجفاء iaitu hilang akalnya kerana nyanyok.
- Tidak boleh yang gila المجنونة . yang sekiranya dibawa ke padang rumput ia tidak makan ruput atau ia makan sedikit kemudian lupa.
- Tidak boleh yang tiada gigi.
- Tidak boleh yang terputus sebahagian telinga sekiranya sedikit tidak mengapa.
- Tidak boleh yang terputus sebahagian lidah kerana mudarat keadaannya boleh mempengaruhi kurang daging.
- Tidak boleh yang jelas nampak berpenyakit.
- Tidak boleh yang jelas berkurap samada sedikit atau banyak.

Diriwayatkan oleh Bara' Bin Azib RA bahawa Nabi SAW bersabda :
'Empat perkara yang tidak boleh terdapat pada binatang korban, huduh yang jelas huduhya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas tempangnya, dan gila yang jelas gilanya'.

Dikiaskan keempat-empat aib ini pada selainnya (segala perkara yang boleh mengurangkan daging).

Di bolehkan sekiranya aib-aib itu terlalu sedikit dan tidak mempengaruhi berkurangnya daging.
- Dibolehkan pada binatang yang dikasi.
- Dibolehkan binatang jantan yang kuat mengawan.
- Dibolehkan binatang betina yang walaupun kerap beranak namun tidak elok dagingnya.
- Dibolehkan tetapi makruh binatang yang tidak tumbuh tanduk, terpecah sarung tanduk, terpatah tanduk atau yang berlubang cuping telinga. (makruh disebabkan nampak buruk, tetapi boleh dijadikan korban kerana semua itu tidak mengurangkan dagingnya).
- Dibolehkan binatang yang bertelinga kecil dan tidak boleh yang tidak tumbuh telinga.
- Di bolehkan yang dilahirkan tanpa tetek (uncang susu) dan ekor pada pendapat yang 'asoh', dan tidak boleh sekiranya yang terputus uncang susu atau ekor sebahagian atau semuanya.
- Boleh bagi yang luruh sebahagian gigi, dan tidak boleh yang luruh semua gigi mengikut pendapat yang 'asoh'.

Apabila seseorang bernazar untuk melakukan korban binatang yang ditentukan تعيين الأضحية dalam keadaan binatang yang ditentukan tersebut terdapat aib yang dilarang, tetap juga wajib .

Seperti seorang berkata kepada kambingnya yang ada aib: 'haiwan ini adalah korbanku', maka wajib ia melaksanakannya, (nazar tersebut akan diberi pahala tetapi tidak menjadi ibadat korban, ia hanya menjadi 'qurbah'. Daging yang dibedak-bedakkan menjadi sedekah), kerana syarat korban mestilah sejahtera dari aib.

Sekiranya dibaringkan binatang korban yang tiada aib untuk disembelih, tiba-tiba membawa kepada patah kakinya atau tempang maka tidak boleh atas pendapat yang 'asoh', kerana ia tempang sebelum disembelih. Sepertinya juga sekiranya terpatah kaki kambing lalu disegerakan untuk disembelih maka ia tidak boleh.

4. Niat:
Disyaratkan niat pada korban kerana ia adalah ibadat.
-Di niatkan ketika hendak sembelih, kerana asal niat disertakan pada awal perbuatan. Melainkan sekiranya telah 'ditaayinkan' terlebih dahulu kambing tersebut maka sudah memadai itu sebagai niat.
- Sekiranya ia mewakilkan sembelihan kepada orang lain maka hendaklah niat ketika menyerahkan binatang tersebut kepada orang yang diwakilkan. Atau ketika wakilnya memulakan sembelih.(kerana orang yang diwakilkan itu mengantikan dirinya).

Waktu Perlaksanaan Korban:
Bermula waktu korban setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, iaitu pada sepuluh Zulhijjah, dan berlalu waktu setelah terbit matahari sekadar dua rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringkas, jika disembelih sebelumnya maka tidak sah.

Diriwayatkan oleh Bara' bin Azib RA bahawa Rasul SAW bersabda:
'Pertama sekali yang kami mulakan pada hari ini ialah sembahyang hari raya, kemudian kami pulang, kemudian kami menyembelih, sesiapa yang melakukan sedemikian itu ia menepati sunnah kami, dan sesiapa yang sembelih sebelum yang demikian itu maka ia adalah daging yang disedekahkan kepada keluarganya, dan tiada daripadanya sesuatu ganjaran ibadah'.

Berterusan waktu korban hingga akhir hari-hari tasyriq, iaitu selama empat hari.

Riwayat dari Jubair Bin Mut'im: bahawa Rasul SAW bersabda:
'Hari-hari tasyriq itu semuanya waktu sembelih'.

Dan waktu afdholnya dilakukan setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, selepas berlalu kadar sembayang sunat hari raya dua rakaat dan dua khutbah. Apabila disembelih selepas waktu ini diberi ganjaran pahala, samada imam telah mengimami sembahyang hari raya atau tidak, atau yang ingin melakukan korban telah sembahyang hari raya atau tidak. Tidak kira samada dia adalah orang bandar atau orang kampung atau orang yang musafir. Atau samada imam telah menyembelih binatang korbannya atau tidak.

Boleh menyembelih korban sepanjang empat hari tersebut samada malam atau siang, (tetapi dimakruhkan waktu malam).
Jika disembelih sebelum waktunya tidak sah sembelihannya itu bahkan hanya menjadi daging sembelihan biasa.
Apabila berlalu hari tasyriq tetapi belum lagi sembelih, sekiranya binatang yang disembelih itu untuk tujuan ibadah korban maka tidak sah. Kerana ia bukan waktu yang disunatkan korban.
Jika disembelih juga, hanya menjadi semata-mata daging (bukan ibadah).
Sekiranya binatang yang hendak disembelih itu nazar, maka wajib disembelih juga, jadilah ia sebagai 'qodo', (nazar tidak gugur walaupun telah berlalu waktu).
Tempat Sembelihan Korban:
Tempat sembelihan korban ialah ditempat untuk buat korban samada di negerinya atau tempat permusafirannya.

Memakan Daging Korban:
Terdapat perbezaan diantara korban sunat dan korban yang ditentukan atau yang dinazar.
a- Sekiranya korban sunat:
Boleh makan sebahagian daging korban, qias sepertimana hadyu الهدى (korban yang dilakukan ditanah haram).
Firman Allah Taala:
'Dan unta-unta itu kami jadikan untukmu sebahagian dari syiar agama Allah'.
Allah Taala menjadikannya untuk manusia, jadi terpulang kepada manusia memilih untuk makan atau tidak.

Tetapi sunat di makan sebahagian sahaja daripadanya.
- Disunatkan makan satu pertiga dan disedekahkan dua pertiga kepada orang miskin, boleh juga menghadiahkan satu pertiga darinya kepada orang kaya atau selainnya.
- Jika hendak makan lebih banyak maka wajib bersedekah walaupun sedikit kepada orang miskin dengan kadar yang dinamakan sedekah, kerana maksud dari ibadat korban ialah meyenangkan orang miskin.
- Sekiranya telah termakan semuanya maka wajib keatasnya membayar ganti ضمان dengan kadar yang dinamakan sedekah.
- Lebih afdhol ia mensedekah keseluruhan daging korban tersebut kecuali sedikit untuknya sekadar sekali kenyang لقمة untuk mendapat keberkatan. Kerana sedekah itu lebih mendekatkan kepada taqwa, menjauhkan dari mementing diri sendiri.

b- Sekiranya korban nazar atau wajib (dengan sebab 'taayin') ditentukan:
maka tidak boleh makan daripadanya.
Sekiranya dimakan juga maka wajib keatasnya 'ضمان' ganti.
Tidak diwajibkan keatasnya menyembelih yang lain tetapi diganti dengan nilai daging kemudian disedekahkannya.
Demikian juga sekiranya orang lain merosakkannya maka ia perlu menggantikannya.
Larangan Menjual Daripada Korban:
Tidak boleh menjual sesuatupun daripada binatang sembelihan korban. Samada korban nazar atau sunat, termasuk didalamnya daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan selainnya. Tidak boleh menjadikan kulit atau selainnya sebagai upah kepada tukang sembelih, tetapi boleh disedekahkan kepadanya.
Riwayat dari Abu Hurairah RA bahawa Rasul SAW bersabda:
'Sesiapa yang menjual kulit korban maka tiadalah ibadah korban baginya'.
Boleh memberi upah kepada tukang sembelih yang miskin kemudian disedekahkan kepadanya daging korban atau kulit, ia umpama memberikan kepada fakir miskin yang lain.

Mengambil manfaat Dengan Kulit Sembelihan Korban:
- Sekiranya korban itu sunat maka harus bagi orang yang melakukan korban mengambil manfaat dari kulit korban tersebut dengan segala bentuk manfaat. (dibuat khuf, kasut, selipar, baju dan sebagainya).
- Sekiranya korban wajib samada 'taayin' atau nazar maka tidak boleh mengambil manfaat sedikitpun darinya dan wajib disedekahkan semuanya.

Sunat-Sunat Dalam Ibadat Korban Dan Adab-Adabnya:
1. Disunatkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadat korban, tidak mencukur rambut atau bulu dimuka dan dibadannya setelah masuk sepuluh zulhijjah.
Serta tidak memotong kuku sehinggalah selesai sembelih.

Riwayat dari Ummu Salamah RA bahawa Rasul SAW bersabda :
'Sesiapa yang ada padanya binatang yang ingin dikorbankan, lalu ia melihat anak bulan zulhijjah maka jangan mencukur bulunya, dan memotong kukunya sehinggalah ia telah melakukan korban'.
Yang demikian itu tidak wajib kerana ia bukan daripada perkara yang diharamkan bahkan hanya 'makruh tanzih', (hikmah darinya ialah mengekalkan semua juzuk anggota mudah-mudahan dibebaskan dari api neraka), (dikatakan juga untuk menyerupakan seperti orang yang berihram).

2. Disunatkan menyembelih korbannya sendiri.
- Boleh juga digantikan kepada orang lain yang halal sembelihannya, lelaki atau wanita.
- Disunatkan tidak mewakilkan kepada selain orang islam, kerana ia adalah perkara 'qurbah'. Lebih afdhal di lakukan oleh orang islam, serta untuk keluar dari khilaf yang melarang orang bukan islam dari sembelih.
- Disunatkan kepada orang yang diwakilkan itu alim dengan hukum-hakam sembelih agar ia lebih mengetahui tentang sunnah sembelih.
- Apabila diwakilkan kepada orang lain untuk sembelih disunatkan kepada orang yang melakukan korban menyaksikan upacara sembelihan itu.

Riwayat dari Abu Said Al Kudri RA: Bahawa Rasul SAW telah bersabda kepada Fatimah RA :
'Bangun ke korbanmu dan saksikannya, sesunguhnya titisan pertama daripada darahnya diampunkan pada kamu dosa apa yang telah lalu'.

3. Disunatkan pada adab sembelih ialah menajamkan pisau, untuk memudahkan sembelihan, supaya ketika menghiris tarik dan tolak lebih sempurna.
- Disunatkan mengadap kiblat dan mengarahkan binatang korban kearah kiblat.
- Disunatkan menyembelih unta dalam keadaan berdiri tiga kaki (melipat lutut kedua-dua kaki hadapan).
- Disunatkan membaringkan lembu dan kambing atas lambung kiri, dengan melepaskan kaki kanan belakang dan diikat tiga kaki yang baki.
- Disunatkan membaca bismillah ketika sembelih. Sekiranya ditinggalkan dengan sengaja atau lalai halal sembelihan, tetapi tetap 'makruh karahah tanzih'. Disunatkan beserta bacaan bismillah ketika sembelih itu membaca selawat keatas Nabi SAW.

4. Disunatkan bagi penyembelih membaca bismillah dan bertakbir.
'Riwayat dari Anas RA bahawa Nabi SAW membaca bismillah dan bertakbir'.

- Disunatkan berdoa kepada Allah Taala dengan berkata :
"Ya Allah terimalah ibadat korban dari kami".

Riwayat dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW menyembelih kambing biri-biri dan berkata:
'Dengan nama Allah, wahai tuhan terimalah dari Muhammad dan dari keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad'.

Setelah itu barulah disembelih binatang tersebut.
5. Disunatkan melakukan korban dirumah dengan disaksikan oleh ahli keluarga, untuk sama-sama mereka menyertainya dalam berdoa dan mendapat pahala selain bergembira dengan sembelihan dan menikmati daging.
6. Disunatkan kepada 'imam' pemimpin umat islam melakukan korban kepada umat islam keseluruhannya dari harta baitulmal di tempat sembahyang hari raya dan dia menyembelihnya sendiri.
- Sekiranya imam melakukan korban dengan wangnya untuk dirinya sendiri maka boleh dilakukanlah dimana sahaja yang ia kehendakki.
- Tetapi sekiranya ia melakukan korban untuk umat islam maka hendaklah di 'musolla' yang berhimpun padanya umat islam untuk sembahyang hari raya.
Riwayat dari Ibnu Umar RA berkata:
'Adalah Rasul SAW menyembelih dan melakukan korban di tempat sembahyang hari raya'.

7. Disunatkan orang yang musafir melakukan sepertimana orang yang bermustautin.
'Riwayat dari Aisyah RA: bahawa Nabi SAW: telah melakukan korban untuk isteri-isterinya di mina dalam haji wadak'.
Cabang-Cabang Dari Perkara Korban:

1. Korban lebih afdhol dari sedekah sunat, kerana berdasarkan hadis sohih yang masyhur dalam sembelihan, dan ada sebahagian ulamak yang mewajibkannya, selain ia juga merupakan syiar yang agong.
2. Tidak boleh bagi penjaga anak yatim dan penjaga orang kurang akal السفيه melakukan korban untuk mereka dengan harta mereka. Kerana syarak menyuruh penjanganya berjaga-jaga إحتياط terhadap harta mereka, dilarang mensedekahkan harta mereka, kerana korban adalah sedeqah.
3. Boleh memberi makan fakir miskin umat islam daripada korban secara ijmak, dan boleh memberi makan fakir 'ahli zimmah' dari korban sunat bukan dari korban wajib.
4. Tidak sah melakukan korban untuk orang lain yang hidup tanpa izinnya, kerana korban adalah ibadah. Asal pada ibadah tidak boleh dilakukan oleh orang lain melainkan ada dalil, lebih-lebih lagi tanpa izinnya.
- Sekiranya melakukan korban oleh salah seorang ahli keluarga maka terhasil padanya 'sunah kifayah' terhadap ahli keluarga yang lain walaupun tidak diizinkan oleh ahli keluarga itu.
- Terkecuali korban yang dilakukan oleh imam kepada umat islam dari harta baitumal.
- Orang yang 'taayin' dan nazar, apabila orang lain menyembelihkan untuknya tanpa pengetahuannya pada waktu korban maka sudah sah.
5. Tidak sah korban dari orang mati yang tidak mewasiatkan, sekiranya diwasiatkan boleh, pendapat lain mengatakan sah juga korban orang mati walaupun tidak mewasiatkan, (diiktibar sedeqah).
6. Anak binatang korban menjadi hukum korban. Sekiranya dinazarkan ataupun di 'taayinkan' maka wajib sembelih anaknya bersamanya dan dibedakkan dagingnya seperti ibunya.

Wabillahittaufiq, Wallahu Taala A'lam..

Rujukan:
1. Terjemahan Al Quran Al Karem.
2. Mughni Muhtaj, Khateb Syarbeni.
3. Al Mahalli Syarah Minhaj Tolibin, Jalaluddin Mahalli.
4. Fathul Allam Syarah Mursyidul Anam, Muhammad Alhajjar.
5. Al Muktamad, Muhammad Zuhaili.
6. Al Fekhul Manhaji.

Petikan:MANHAL PMRAM

WANITA QADHA' PUASA 6 HARI BULAN SYAWAL ADAKAH DAPAT PAHALA PUASA SUNAT SYAWAL?


1. Di sisi kebanyakan ulama niat puasa sunat boleh disertakan dalam niat puasa wajib dan bukan sebaliknya iaitu tidak boleh disertakan niat puasa wajib dalam puasa sunat. Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab Al-Minhaj karangan Imam Nawawi (Jilid 1/23) dan Syarahnya karangan Imam Jalaluddin Al-Mahalli.

2. Oleh itu dalam soal ini, seorang wanita muslimah yang mengqada'kan puasanya sebanyak 6 hari dalam bulan syawal juga akan mendapat pahala puasa sunat 6 hari di bulan Syawal berdasarkan kaedah tersebut dan pendapat ini dipegang oleh ulama-ulama mazhab Syafie serta telah difatwakan oleh Imam Al-Ramli (Fatwa Al-Ramli jilid 2/66).

3. Dalil yang dipegang oleh mereka adalah hadis baginda s.a.w yang berbunyi:

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر. رواه مسلم

"Sesiapa yang berpuasa Bulan Ramadan kemudian mengekorinya dengan enam hari di Bulan Syawal maka seumpama dia telah berpuasa selama setahun"-Riwayat Muslim.

Keterangan:

Rasulullah tidak menyatakan dalam hadis bentuk puasa yang perlu dilaksanakan untuk mendapat pahala selama setahun itu samada dalam bentuk puasa sunat atau wajib seumpama qadha' maka lafaz hadis adalah tergolong dalam lingkungan lafaz muthlaq. Yang dinyatakan hanyalah pahala itu diperolehi kepada sesiapa yang mengikuti puasa ramadhan dengan puasa syawal tanpa membataskan bentuknya. Kaedah syara' telah menyatakan bahawa mengikat lafaz muthlaq tanpa dalil adalah batal.

sumber: http://ibnubarqi.blogspot.com/

BADAR AL-KUBRA: PERTEMBUNGAN ANTARA TENTERA ALLAH DAN TENTERA TOGHUT

Pada hari ini (17 Ramadan) tahun kedua hijrah telah berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang tidak wajar dilupakan oleh seluruh umat Islam. Peristiwa tersebut ialah peristiwa peperangan Badar Al-Kubra yang merupakan satu pertembungan antara tentera yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan tentera kuffar Quraisy.

Peristiwa ini adalah merupakan permulaan operasi jihad al-qital di dalam Islam dan tenteranya yang berjumlah 313 orang daripada kalangan sahabat merupakan batalion syuhada yang menyaksikan seramai 14 orang sahabat Rasulullah telah menemui syahid. Bermula peperangan ini gerakan jihad di dalam Islam tidak pernah berakhir dan akan berterusan sehinggalah hari Qiamat.

Walaupun peperangan ini bukanlah satu peperangan yang besar dari segi jumlah, masa dan saiznya kerana tidak berlarutan lebih daripada sehari manakala jumlah korbannya hanya 14 di pihak muslimin dan 70 di pihak musyrikin, tetapi kesan yang diperolehi daripadanya amat besar. Ianya tidak sama dengan peperangan lain yang memakan masa selama bertahun-tahun bahkan berpuluh tahun serta angka korban yang mencapai angka puluhan ribu kerana apa yang dinilai ialah objektif peperangan ini yang melakar sejarah permulaan pertembungan berdarah antara kebenaran dan kebatilan, antara tauhid dan juga syirik sehingga digelar dalm al-quran sebagai yaum al-furqan (hari pemisahan):

(وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان)

“Dan tidaklah kali turunkan kepada hamba kami pada hari Al-Furqan pada Hari pertemuan dua pihak”

Rasulullah s.a.w sendiri telah menzahirkan kepentingan dan kehebatan peperangan ini dengan satu doa baginda sehingga kain rida’ yang dipakai baginda terjatuh daripada bahunya ketika mengangkat tangan kerana bersungguh-sungguh dalam doanya yang mana ianya berbunyi:

"اللهم انصر هذه العصابة، اللهم إن تهلك هذه العصابة فلن تُعبد في الأرض بعد اليوم"

“Ya Allah, Kau Berilah kemenangan kepada kaum ini, Ya Allah sekiranya hancurnya kaum ini maka nescaya Engkau tidak lagi disembah di muka bumi selepas hari ini”

Maksud yang ingin dinyatakan oleh baginda dalam doa ini adalah kepenting peperangan yang sedang dihadapi kaum muslimin yang mana ia akan menentukan nasib agama Islam dan tauhid serta ibadah kepada Allah kerana kumpulan muslimin tersebut merupakan kumpulan sahabat yang membawa agama Allah yang terakhir dan tiada lagi Nabi selepas Muhammad serta tiada lagi kitab selepas Al-Quran serta tiada lagi syariat selepas syariat Islam. Sekiranya kumpulan badar ini tewas nescaya akan tewaslah Islam dan berakhirlah agama tauhid di muka bumi ini.

Dalam peperangan ini telah berlaku beberapa babak-babak yang membuktikan ketinggian keimanan para sahabat baginda Rasulullah s.a.w dan kejayaan baginda mentarbiyah para jamaah muslimin samada kaum ansar dan muhajirin yang dibentuk di dalam madrasah nabawiyyah selama 13 tahun di Makkah dan selepas 2 tahun di Madinah.

Ketika mana Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat berkaitan kesediaan mereka untuk pergi berperang maka salah seorang daripada mereka yang bernama saidina Miqdad bin Al-Aswad berkata:

: يا رسول الله والله لا نقول لك كما قالت بنو إسرائيل لموسى اذهب أنت وربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون، بل نقول لك اذهب أنت وربك فقاتلا إنا معكما مقاتلون

“Wahai Rasulullah, Demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana seperti mana berkatanya Bani Israel kepada Nabi Musa: Pergilah kamu dan tuhanmu dan berperanglah kamu berdua sedangkan kami ingin tinggal di sini, tetapi kami berkata kepadamu: Pergilah kamu dan tuhanmu maka berperanglah sesungguhnya kami akan berperang bersama kamu berdua”

Berkata pula saidina Saad Bin Muaz yang mewakili kaum Ansor:

يا رسول الله كأنك تريدنا، والله يا رسول الله لقد آمنا بك وصدَّقناك وأيقنا أن ما جئت به هو الحق، والله لو استعرضت بنا هذا البحر فخضته لخضناه وراءك ما تخلف منا رجل واحد وإنا لصُبُر في الحرب، صُدُق عند اللقاء، سالم بنا من شئت وحارب بنا من شئت لعل الله يريك منا ما تقر به عينك

“Wahai Rasulullah, seolah-olah kamu menginginkan kami. Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya kami beriman pada denganmu dan kami membenarkan kamu dan kami yakin sesungguhnya apa yang dibawa kamu adalah kebenaran. Demi Allah sekiranya dibentangkan kepada kami lautan luas kemudian engkau merentasinya nescaya kami akan merentasinya bersama di belakangmu dan tidak akan ada orang yang tertinggal walaupun seorang. Sesungguhnya kami orang-orang yang sabar dalam peperangan, benar dalam pertemuan, berdamailah dengan sesiapa pun yang engkau mahu bersama kami dan perangilah sesipa pun yang engkau mahu bersama kami semoga Allah menunjukkan apa yang menyejukkan matamu.”

Demikianlah beberapa perkara yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dan iktibar menerusi peristiwa peperangan badar semoga iman kita di bulan Ramadan ditingkatkan oleh Allah.

Petikan: http://ibnubarqi.blogspot.com/

6 Rahsia Puasa- Imam Al-Ghazali


Puasa sebenarnya memiliki rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:

1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.

2. Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.

3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.

4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memperi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai ynag berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”

5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundaang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.

6. Hatinya hendaklah bimbang diantara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.

Petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/

16 WAKTU DAN TEMPAT DOA DIMAKBULKAN

WAKTU DAN TEMPAT DOA DIMAKBULKAN

16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

* MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
* MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
* MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
* MALAM 10 MUHAMRRAM
* MALAM NISFU SYA’ABAN
* MALAM LAILATUL QADAR
* MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
* KETIKA HENDAK BERBUKA
* ANTARA AZAN DAN IQAMAH
* PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
* SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
* ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
* SELEPAS KHATAM AL-QURAN
* KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
* SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
* SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

* KETIKA MELIHAT KAA’BAH
* DI TEMPAT MELAKUKAN TAWAF
* DI SISI MULTAZAM
* DI BAWAH PANCURAN EMAS
* DI SISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
* D IBELAKANG MAKAM IBRAHIM
* DI ATAS BUKIT SOFA
* DI ATAS BUKIT MARWAH
* DI TEMPAT SA’I
* DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK(TERBENAM).
* DI MUZDALIFAH
* DI MINA
* DI SISI JAMRAH AL-ULA
* DI SISI JAMRAH AL-WUSTO
* DI SISI JAMRAH AL-’AQABAH
* DI DALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.

(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)


Petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/

DAGING KERUTUP KELANTAN


Bahan-bahannya:

-500 gram daging pejal dipotong ikut suka
-2 sudu besar rempah kerutup (saya guna brand selising)
-kerisik dari RM1 kelapa parut
-1/2 cawan santan pekat
-sedikit air asam jawa
-10-15 biji cili kering dikisar
-7 biji bawang merah dikisar
-2 biji bawang putih dikisar
-sedikit halia dikisar
-sedikit lengkuas dikisar
-5 batang serai dititik
-2 sudu besar ketumbar
-sedikit gula melaka/manisan
-rempah tumis secukupnya
garam

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.
3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan daging. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak hingga daging empuk.
4. Setelah daging empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.
5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan daging benar-benar empuk.

petikan: http://anissdairy.blogspot.com/

Israk & Mikraj Anugerah Untuk Semua Umat Manusia

Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Rasulullah saw lalui peristiwa luar biasa, terima pensyariatan ibadat solat secara langsung.

MAJLIS memperingati Israk dan Mikraj yang menjadi catatan penting sejarah perkembangan Islam di negara ini disambut dengan menganjurkan ceramah supaya umat Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa itu.

Israk dan Mikraj dilalui Rasulullah saw bukan peristiwa biasa atau hanya sekadar perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta. Perjalanan itu mempunyai makna dan hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah saw secara peribadi serta umat Islam keseluruhan.

Israk dan Mikraj petanda bahawa risalah Islam disampaikan Rasulullah saw bukan untuk bangsa Arab saja tetapi seluruh alam maya yang terdiri daripada umat manusia dan jin, sebagai penghormatan kepada Rasulullah saw selaku rasul akhir zaman yang tidak dianugerahkan kepada rasul dan nabi sebelumnya.

Latar belakang sejarah perjalanan malam Rasulullah saw itu kerana kegelisahan dan kesedihan baginda akibat tentangan, ancaman, pemulauan, ejekan dan kecaman daripada kaum kafir musyrik terhadapnya.

Pada masa sama, Rasulullah saw kehilangan dua tonggak utama yang menjadi tulang belakang gerakan dakwah menyeru kaumnya kepada Islam iaitu isteri tercinta Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya dikasihi, Abu Talib.

Tahun itu akhirnya diabadikan oleh sejarawan Islam sebagai tahun dukacita dalam kehidupan Rasulullah. Untuk meredakan kesedihan Rasulullah saw dan mengendurkan ketegangan Baginda menghadapi dugaan itu, Allah mengundang Rasulullah saw untuk Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.

Semasa dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah saw diperlihatkan kejadian luar biasa yang mengungkapkan pelbagai hikmah dan iktibar kepada umat Islam hingga hari ini. Satu peristiwa penting sewajarnya diambil perhatian ialah disyariatkan ibadat solat lima waktu.

Jika diamati secara mendalam, ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah saw Sidratul Muntaha tanpa melalui wahyu dan perantaraan Jibril seperti puasa, zakat dan lain-lain lagi difardukan melalui perantaraan wahyu.

Pensyariatan ibadat solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat solat. Dalam Islam, solat adalah tiang agama. Sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya, sesiapa meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan agama.

Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai dipenuhi air yang mengalir di hadapan rumah. Kita akan mandi di sungai itu sebanyak lima kali sehari untuk membersihkan diri. Inilah perumpamaan yang dibuat Rasulullah saw bagi menggambarkan keistimewaan dan kelebihan ibadat solat dalam kehidupan Muslim.

Kepentingan ibadat solat dalam kehidupan Muslim dapat dilihat melalui tindakan Saidina Umar al-Khattab yang pernah menulis satu surat pekeliling untuk dikirimkan kepada semua gabenornya:

“Wahai gabenor sekalian! Sesungguhnya tugas paling penting sekali pada pandanganku ialah mendirikan solat. Oleh itu, sesiapa yang tidak mendirikan solat seperti mana sepatutnya, maka dia adalah orang yang tidak dipercayai.”

Sementara sesiapa yang mendirikan solat dengan sebaiknya, maka dia sudah memelihara agamanya. Dan sesiapa yang mensia-siakan ibadat solat bermakna dia sudah mensia-siakan urusan yang lainnya.”

Demikianlah keyakinan Saidina Umar al-Khattab bahawa kecurangan, kezaliman, kemunduran, kekalahan dan kemelesetan ekonomi mempunyai sebab musabab saling berkaitan.

Hujung pangkal keadaan musibah menimpa umat Islam ialah kerana lemahnya iman dan malas melaksanakan ibadat kepada Allah terutama solat.

Seterusnya, Rasulullah saw dapat menghadap Allah melalui peristiwa Israk dan Mikraj maka setiap Muslim dapat berhubung secara terus ke hadrat Ilahi yang Maha Esa tidak memerlukan sebarang alat komunikasi walau secanggih macam mana sekalipun.

Memadailah seseorang Muslim bermunajat dan berhubung ke hadrat Allah pada bila-bila masa dan di mana juga keadaannya melalui solat. Hanya dengan solat maka jiwa dan raga seorang Muslim langsung tersangkut pada Yang Maha Agung.

Selain itu, Rasulullah saw bertemu dengan kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu yang keras. Setiap kali kepala mereka pecah, keadaan akan kembali seperti sedia kala dan mereka berterusan memecahkan kepala.

Rasulullah saw bertanya kepada Jibril mengenai golongan itu, lalu dijelaskan bahawa mereka ialah sekumpulan orang yang berat kepala untuk mendirikan solat fardu.

Selain seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasulullah saw diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, memberi sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan.

Rentetan kejadian demi kejadian ini menyingkap kewajipan agama sudah datang sekalipun masih belum difardukan dan mempamerkan corak kehidupan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan umat.

Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang sekali gus menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah.

Begitulah penghayatan menyeluruh yang seharusnya diselami, difahami dan dipraktikkan setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj.

Peristiwa itu berupaya menjadi pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadah secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji Muslim supaya dapat meraih keredaan Ilahi dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

petikan: http://epondok.wordpress.com/

Tak Kenal Tak Cinta-Keistimewaan Al Quran

Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hijr, ayat 9)

Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah:


Pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya.
Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : "Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1).

Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.

Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada Nabi Muhammad Saw yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia
. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)
.

Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17).

Kelima, al-Quran merupakan kitab agama secara keseluruhannya yang mengandung aspek akidah, ibadah, akhlak dan perundangan. Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci, maka hendaklah ia menggali dari al-Quran. Al-Quran memberi dalil-dalil yang jelas tentang keesaan Allah. Firman Allah yang bermaksud : “ Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arash daripada apa yang mereka sifatkan.” ( al-Anbiya’, ayat 22) Begitu juga al-Quran mengandungi syariat dan peraturan untuk kehidupan manusia. Syariat ini meliputi aspek individu, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Di samping itu, al-Quran menegaskan pembinaan akhlak melalui penghayatan sifat sabar, gigih berusaha, tekun, bertawakkal dan reda dengan ketentuan ilahi.

Keenam, al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu.
Ini bermakna bahawa al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari Qiamat. Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden ini.


Ketujuh, al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan.
Oleh sebab itu, Allah menjadikan al-Quran sebagai kitab petunjuk kepada manusia dan alam. Firman Allah yang bermaksud : “ Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan batil).” (al-Baqarah, ayat 185).

Inilah tujuh perkara ciri-ciri keistimewaan al-Quran yang membezakan kitab-kitab yang lain. Al-Quran diturunkan untuk umat Islam mengimani dengan penuh keyakinan akan kebenarannya. Allah menyebutkan bahawa sifat mukmin sejati adalah mereka yang tidak sama sekali ragu tentang kandungan al-Quran. Nabi Muhammad Saw apabila tiba bulan Ramadhan baginda akan bertadarus bersama Jibrail, dan rumah yang sentiasa diterangi dengan bacaan al-Quran akan dilimpahi rahmat dan berkat. Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan membuktikannya melalui taat segala perintah al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya dan menjadikan kita sebagai ahli al-Quran., bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi juga dalam bulan-bulan yang lain.

Petikan:

http://jihadtegakislam.blogspot.com/2010/03/tak-kenal-tak-cinta-keistimewaan-al.html

Sotong Kandar

Bahan-Bahan:
-1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan)-gantikan dengan sotong
-6 ulas bwg putih/1 inci halia (blend)
-2 sudu besar kicap pekat (maggi)
-2 sudu besar sos tomato*
-2 sudu besar sos cili*
-2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pun boleh)* * gaulkan bersama 1 labu bawang besar mayang
-1 ulas bawang putih mayang, kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari.

Langkah Seterusnya:

1. Tumiskan bawang besar, kulit kayu manis, dan bunga lawang, daun kari
2. Masukkan bawang putih dan halia..
3. Masukkan campuran rempah
4. Masukkan daging dan airnya.
5. Masukkan garam, perasa, masak hingga pekat..

Petikan: Dari Dapur Kak Asma

Tujuan Al Quran Diturunkan

Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.

Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.

Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya.


Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari rezeki.


Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi rezeki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, rezeki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.


Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)

Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.


Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)
Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup kerana mencari keredhaan Allah, beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan bersatu padu. Inilah empat ciri umat Islam berbanding dengan umat yang lain.

Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang menyendiri tanpa menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati kebebasan beragama dan perbezaan pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan nahi annil mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.

Petikan: http://jihadtegakislam.blogspot.com/2010/03/tujuan-al-quran-diturunkan.html

Adakah Cinta Memerlukan Sebab???

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami: Menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri: Tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Antara Lelaki & Wanita

LELAKI

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian bahawa nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.=)

WANITA

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah walaupun hendak ke rumah ibu dan bapanya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

9. Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

10.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

11. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

12. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)..

13. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

14. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

15. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

16. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan? Bertuahnya menjadi WANITA..

Mutiara Kata Hadits

Kata-kata Terbaik Setelah Al Quran

* Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

* Orang yang cerdik ialah orang yang dapat menaklukkan nafsunya dan beramal untuk bekal sesudah wafat. Orang yang lemah ialah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan muluk terhadap Allah. (HR. Abu Dawud)

* Hati manusia adalah kandungan rahasia dan sebagian lebih mampu merahasiakan dari yang lain. Bila kamu mohon sesuatu kepada Allah 'Azza wajalla maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahwa do'amu akan terkabul. Allah tidak akan mengabulkan do'a orang yang hatinya lalai dan lengah. (HR. Ahmad)

* Tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah. (HR. Ahmad)

* Sesungguhnya amal-amal perbuatan tergantung niatnya, dan bagi tiap orang apa yang diniatinya. Barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya untuk meraih kesenangan dunia atau menikahi wanita, maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahi. (HR. Bukhari)

* Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (senyum). (HR. Muslim)

* Amalan-amalan yang paling disukai Allah ialah yang lestari (langgeng atau berkesinambungan) meskipun sedikit. (HR. Bukhari)

* Dua hal apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberi kelebihan. (HR. Tirmidzi)

* Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahasiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan). (HR. Al Hakim)

* Kemuliaan dunia adalah kekayaan dan kemuliaan akhirat adalah ketakwaan. Kamu, baik laki-laki maupun perempuan, kemuliaanmu adalah kekayaanmu, keutamaanmu adalah ketakwaanmu, kedudukanmu adalah akhlakmu dan (kebanggaan) keturunanmu adalah amal perbuatanmu. (HR. Ad-Dailami)

* Orang yang belas kasihan akan dikasihi Ar Rahman (Yang Maha Pengasih), karena itu kasih sayangilah yang di muka bumi, niscaya kamu dikasih-sayangi mereka yang di langit. (HR. Bukhari)

http://www.squidoo.com/mutiara-kata



Copyright © 2009 - Serambi Azhari - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Blogger Theme distributed by FREE Templates 4U